Connect with us

Bola Sepak

“Berpunca daripada Fernando”, TMJ2 minit bacaan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Kontroversi yang melanda skuad Johor Darul Ta’zim ekoran penyerang utama mereka, Jorge Pereyra Diaz yang dilaporkan meninggalkan skuad itu adalah berpunca daripada bekas jurulatih kecergasan JDT, Fernando.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu video di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers, mendakwa Fernando menjadi dalang utama Diaz meninggalkan kelab sehingga menimbulkan perbalahan antara pemain kelahiran Argentina itu dengan bekas jurulatih, Ulisses Morais.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu juga berkata Fernando didakwa menjadi ‘dalang’ yang membawa kepada berlakunya masalah antara pemain dengan tiga jurulatih sebelum ini termasuk Bojan Hodak, Mario Gomez dan Benjamin Mora.

“Morais ingin tinggalkan JDT sebab isteri beliau akan menjalani pembedahan kecil di Portugal, jadi beliau nak balik ke sana untuk jaga isterinya. Saya menghormati keputusannya, tapi ada lagi satu isu beliau ada bergaduh dengan Diaz sejak pramusim.

“Bila saya buat siasatan lebih terperinci, saya dapati masalah ini datang daripada jurulatih kecergasan yang bernama Fernando. Kalau anda tengok tiga jurulatih sebelum ini termasuk Hodak, Gomez dan Mora, mesti ada masalah dengan pemain.

“Apa yang terjadi, bila jurulatih (baharu) datang ke sini (JDT), mereka akan bawa kakitangan mereka sendiri termasuk jurulatih kecergasan dan pegawai fisioterapi.

“Jadi, Fernando rasa kurang senang, takut tempat beliau diambil orang lain dan beliau tiada kerja. Apa yang beliau buat, beliau menggunakan hubungan rapat dengan pemain untuk menyucuk (menghasut) pemain bagi memastikan pemain ada masalah dengan jurulatih,” katanya.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dalam kenyataannya, menjelaskan Diaz yang juga penjaring terbanyak Liga Super musim 2016 telah meninggalkan hotel penginapan pasukan pada 12 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum berlepas ke Vietnam untuk aksi Piala AFC.

Selain itu, TMJ turut mengesahkan sudah memecat Fernando dan tindakan itu dianggap menjadi punca Diaz turut ‘angkat kaki’ dari kelab itu, kelmarin.

“Bila saya dapat tahu benda ini, saya cakap lebih baik kita buang orang ini (Fernando) sebab sudah banyak masalah dari dulu lagi, walaupun sudah bagi peluang kedua pun masih ada masalah.

“Selepas siasatan, saya pecat jurulatih kecergasan itu, saya bercakap dengan Alistair dan ketua pencari bakat dan wakil delegasi asing JDT, Martin Prest bahawa saya jamin pemain itu pun akan ikut.

“Ia kerana dia (hubungan mereka) amat rapat dan itu yang terjadi. Jadi bila saya pecat Fernando, pemain itu (Diaz) pun nak ikut, jadi saya ucapkan selamat berjaya,” katanya.

Foto Kredit : fourfourtwo(dot)com

 

Pss, jom share artikel ni

Berpengalaman lebih 1 tahun dalam penulisan dan kewartawanan sukan. Penulis yang berdedikasi untuk DiariSukan.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Antarabangsa

Iniesta Pilih Vissel Kobe

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Legenda Barcelona, Andres Iniesta berkata dia sedang dalam perjalanan ke ‘rumah baharu’ bersama ‘rakannya’ Hiroshi Mikitani, pemilik bagi kelab Jepun, Vissel Kobe.

Mikitani telah memuat naik gambar di laman Twitter miliknya bersama Iniesta di dalam sebuha jet peribadi dan pemain tengah itu juga memuat naik gambar ketika berada dalam jet tersebut.

Pemain berusia 34 tahun itu yang menghabiskan masa 22 tahun bersama kelab The Catalan dan telah memenangi 22 kejuaraan utama.

Dia telah membuat sebanyak 674 penampilan buat kelab yang disertainya sejak berusia 12 tahun lagi.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu bermain pada perlawanan terakhirnya bersama Barcelona ketika menang ke atas Real Sociedad, dan Iniesta bakal menyertai bekas pemain Arsenal dan Jerman, Lukas Podolski di Kobe.

Mereka kini menduduki tangga keenam dalam Liga-J selepas 15 perlawanan.

 

 

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Bola Sepak

KL Berpesta Gol di Cheras

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Kuala Lumpur memulakan perlawanan di bulan Ramadhan dengan membelasah pasukan Kelantan, 5-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.

Kelantan yang menurunkan import barunya, Alaeddine Bouslimi gagal menyekat ‘keganasan’ jentera serangan Kuala Lumpur yang mendahului perlawanan dengan dua gol dalam tempoh sembilan minit perlawanan.

Kejayaan tersebut jelas menggembirakan hati pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel kerana  pasukannya tewas kepada ‘ubi muda’ Kelantan 4-2 sebelum ini.

Kali terakhir Kuala Lumpur menewaskan jaguh Pantai Timur itu adalah pada 2004 sekali gu menamatkan kemarau kemenangan dalam 15 perlawanan.

Sumber : MyMetro

Foto Kredit : Kuala Lumpur City Boys

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Antarabangsa

Slot UCL milik Inter Milan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Inter Milan menempah slot ke saingan Liga Juara Juara musim hadapan selepas menang 3-2 ke atas Lazio, awal pagi tadi.

Kemenangan dramatik itu membolehkan Inter layak ke UCL buat pertama kali sejak 2012.

Lazio yang melayan kunjungan Inter Milan hanya memerlukan keputusan seri untuk menduduki tempat keempat dan slot automatik ke UCL, berada di depan hasil jaringan sendiri Ivan Perisic.

Selepas itu Danilo d’Ambrosio memadam kelebihan jaringan tersebut namun Felipe Anderson kembali meletakkan Lazio di depan.

Walaubagaimanapun, anak-anak buah Luciano Spaletti menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kapten pasukan, Mauro Icardi menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum pemain Lazio, Senad Lulic dibuang padang dan tandukan lewat permainan daripada Matias Vecino memastikan kemenangan milik Inter Milan.

Foto Kredit :  sidomi(dot)com

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

DIARI LAIN

Title

Trending

Copyright © 2018 DiariSukan. Powered with <3 by CP

WP Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com