Connect with us

Sukan

‘Ranking tak penting..’1 minit bacaan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Biarpun hampir merampas kedudakn nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan bahawa kedudukan itu bukan satu keutamaan.

Beliau yang kini menduduki tangga ke dua dunia dibelakang Viktor Axelsen dilihat akan memintas kembali kedudukan itu selepas pemain muda dari Denmaark itu mengalami kecederaan buku lali dan perlu berehat selama tiga hingga lima minggu.

Axelsen juga terpaksa akur apabila terpaksa melupakan All England pada tahun ini apabila kecederaan itu agak sirius dan membuatkannya untuk tidak menyertai kejohanan yang unggul itu.

Berdasarkan undian, Chong Wei yang juga juara bertahan berdepan laluan sukar dalam misi memburu gelaran kelima Seluruh England.

Dia akan membuka tirai saingan menentang pemain Brazil, Ygor Coelho dan akan bertemu sama ada pemain Denmark, Jan O Jorgensen atau Lee Dong Keun dari Korea Selatan pada pusingan kedua.

Juara dunia lima kali dari China yang juga musuh tradisinya, Lin Dan dijangka menanti pada suku akhir.

 

Pss, jom share artikel ni

Berpengalaman lebih 1 tahun dalam penulisan dan kewartawanan sukan. Penulis yang berdedikasi untuk DiariSukan.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Antarabangsa

Iniesta Pilih Vissel Kobe

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Legenda Barcelona, Andres Iniesta berkata dia sedang dalam perjalanan ke ‘rumah baharu’ bersama ‘rakannya’ Hiroshi Mikitani, pemilik bagi kelab Jepun, Vissel Kobe.

Mikitani telah memuat naik gambar di laman Twitter miliknya bersama Iniesta di dalam sebuha jet peribadi dan pemain tengah itu juga memuat naik gambar ketika berada dalam jet tersebut.

Pemain berusia 34 tahun itu yang menghabiskan masa 22 tahun bersama kelab The Catalan dan telah memenangi 22 kejuaraan utama.

Dia telah membuat sebanyak 674 penampilan buat kelab yang disertainya sejak berusia 12 tahun lagi.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu bermain pada perlawanan terakhirnya bersama Barcelona ketika menang ke atas Real Sociedad, dan Iniesta bakal menyertai bekas pemain Arsenal dan Jerman, Lukas Podolski di Kobe.

Mereka kini menduduki tangga keenam dalam Liga-J selepas 15 perlawanan.

 

 

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Bola Sepak

KL Berpesta Gol di Cheras

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Kuala Lumpur memulakan perlawanan di bulan Ramadhan dengan membelasah pasukan Kelantan, 5-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.

Kelantan yang menurunkan import barunya, Alaeddine Bouslimi gagal menyekat ‘keganasan’ jentera serangan Kuala Lumpur yang mendahului perlawanan dengan dua gol dalam tempoh sembilan minit perlawanan.

Kejayaan tersebut jelas menggembirakan hati pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel kerana  pasukannya tewas kepada ‘ubi muda’ Kelantan 4-2 sebelum ini.

Kali terakhir Kuala Lumpur menewaskan jaguh Pantai Timur itu adalah pada 2004 sekali gu menamatkan kemarau kemenangan dalam 15 perlawanan.

Sumber : MyMetro

Foto Kredit : Kuala Lumpur City Boys

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Antarabangsa

Nadal raja gelanggang tanah liat

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Rafael Nadal memastikan statusnya sebagai jagoan gelanggang tanah liat apabila muncul juara Terbuka Itali, menewaskan juara bertahan Alexander Zverev, awal pagi tadi.

Perlawanan akhir tersebut terpaksa ditangguhkan akibat hujan dan Nadal menamatkan permainan dengan kemenangan 6-1, 1-6, 6-3 sekali gus merangkul kejuaraan ke-56 di atas permukaan tanah liat dan bakal merampas kedudukan nombor satu dunia daripada Roger Federer.

“Ia kejayaan yang paling manis kerana pertama kali saya menang di sini pada 2005.

“Selepas beberapa tahun, saya dapat merangkul trofi ini sekali lagi dan ianya sangat istimewa bagi saya,”.

Sumber : MyMetro

Foto Kredit : efe(dot)com

 

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

DIARI LAIN

Title

Trending

Copyright © 2018 DiariSukan. Powered with <3 by CP

WP Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com