Connect with us

Basikal

Azizulhasni Mampu Bangkit1 minit bacaan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang percaya beliau mampu bangkit untuk menebus kekecewaan gagal mempertahankan gelaran juara dunia dalam acara keirin pada Kejohanan Trek Berbasikal Dunia UCI 2018 minggu lalu di Sukan Komanwel, bulan depan.

Pelumba dari Negeri Sembilan itu berkata, dia tidak mahu menangisi kegagalan di Apleldorn berkenaan, sebaliknya perlu segera bangkit mempersiapkan diri menghadapi temasya kedua terbesar dunia itu.

“Biarpun masih semput dan batuk, tetapi saya mula menjalani latihan mulai semalam kerana hanya mempunyai masa tiga minggu sebelum beraksi di Gold Coast nanti.

“Saya kena lebih bekerja keras meningkatkan kekuatan fizikal dan kelajuan ketika berkayuh, sekaligus mencapai prestasi sebenar saya pada temasya itu nanti,” katanya selepas selesai menjalani latihan di Velodrom nasional, di sini, semalam.

Sebelum ini, hajat Azizulhasni mempertahankan kejuaraan dunia berkecai apabila tersingkir pada saingan penyisihan (repechage) selepas berada di belakang pelumba Ukraine, Andrii Vynokurov dengan catatan masa 10.287 saat.

 

Pss, jom share artikel ni

Berpengalaman lebih 1 tahun dalam penulisan dan kewartawanan sukan. Penulis yang berdedikasi untuk DiariSukan.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Basikal

Azizulhasni Atlet Terbaik 2017

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang dipilih sebagai penerima Atlet Terbaik dalam majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)- 100Plus 2017.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis gilang gemilang.

Sementara itu juara dunia para, Ziyad Zolkefli dipilih sebagai Atlet Paralimpik Terbaik.

Walaubagaimanapun kedua-dua pemenang itu tidak dapat hadir ke majlis kerana menghadapai kejohanan dan latihan intensif di luar negara.

Azizul, 30 dari Dungun Terengganu yang digelar ‘The Pocket Rocketman itu meraih Anugerah Atlet Terbaik buat kali kedua selepas memenangi Anugerah SAM-100Plus 2009.

Malaysia akhirnya melahirkan seorang pelumba bertaraf dunia apabila Azizul memenangi acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong pada 13 April tahun lepas.

Beliau yang kini berada di Apleldron, Belanda untuk mempertahankan jersi pelangi yang dipegangnya selaku juara dunia dalam Kejohanan Dunia yang akan tamat pada 4 Mac ini.

Foto Kredit : astroawani(dot)com

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Basikal

Jupha penyelamat maruah negara

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Jupha Som Net muncul penyelamat maruah negara selepas memperagakan aksi cemerlang dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang berakhir di Velodrom Nasional, di Nilai semalam.

Azizulhasni Awang, Mohammad Shah Firdaus Sahrom dan Fatehah Mustapa yang diletakkan harapan untuk meraih pingat emas dalam kejohanan lima hari itu namun gagal memenuhi sasaran, tetapi sebaliknya Jupha pula yang menyerlah.

Ini diakui jurulatih basikal trek negara John Beasley sendiri. Namun, beliau percaya prestasi berkarat ketiga-tiga pelumba yang berpengkalan di Melbourne itu masih boleh diasah dan ditajamkan semula.

“Prestasi mereka agak berkarat di sini. Jadi masih banyak yang perlu dilakukan terutama Azizulhasni dan Shah Firdaus yang akan menyertai kejohanan dunia di Apeldoorn, Belanda hujung bulan ini.

“Ini menunjukkan kami berada di landasan yang betul kerana semua tahu perancangan adlaah berkaintan dengan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Namun untuk Sukan Asia 2018 Ogos ini, kami mahu membuktikan sesuatu.

Ternyata pencapaian dalam kejohanan dunia dari 28 Februari hingga 4 Mac ini tidak langsung diletakkan harapan besar oleh Beasley terutama untuk melihat Azizulhasni mempertahankan gelaran juara dunia keirin yang dimenangi di Hong Kong tahun lalu.

Bagi edisi ke-38 ACC kali ini, fizikal Azizulhasni dan Fatehah dilihat agak berisi sekaligus membuktikan bahawa kejohanan Asia itu bukanlah tumpuan sebenar sebaliknya sekadar memanaskan badan dan melakukan persiapan sahaja.

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

DIARI LAIN

Title

Trending

Copyright © 2018 DiariSukan. Powered with <3 by CP

WP Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com