Connect with us

Antarabangsa

Costa bantu Atletico Madrid1 minit bacaan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Diego Costa membantu Atletico Madrid mencerahkan peluang ke suku akhir Liga Europa dengan menjaringkan gol menewaskan Lokomotiv Moscow 3-0 pagi tadi.

Keputusan itu membolehkan Atletico membawa bekalan selesa menjelang aksi kedua di Russia, 15 Mac ini.

Saul Niguez menjaringkan gol pembukaan di Wanda Metropolitano sebelum Coasta menggandakan kelebihan dan Koke menambah gol ketiga dan menyukarkan Lokomotiv pada aksi kedua nanti.

Costa sudah meledak enam gol dalam 12 penampilan sejak berpindah dari Chelsea, Januari lalu.

Kawalan keselamatan ditingkatkan kerana pihak berkuasa bimbang dengan ancaman rusuhan seperti yang berlaku ketika Athletic Bilbao menentang Spartak Moscow dua minggu lalu.

Kira-kira 500 penyokong Russia berada di Madrid dan pihak berkuasa tidak mengesan apa-apa kekecohan sebelum sepak mula.

Lokomotiv memiliki kelebihan tujuh mata di persada Liga Perdana Russia tetapi bergelut dalam aksi 16 terakhir Liga Europa.

Skuad Diego Semeone melancarkan serangan sejak wisel permainan ditiupkan dan Lokomotiv hanya mampu mencipta satu percubaan tepat sepanjang 90 minit perlawanan.

Foto Kredit : goal.com

 

Pss, jom share artikel ni

Berpengalaman lebih 1 tahun dalam penulisan dan kewartawanan sukan. Penulis yang berdedikasi untuk DiariSukan.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Antarabangsa

Perlawanan penuh debaran Croatia

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Saingan pusingan kalah mati 16 akhir menemukan juara Kumpulan D, Croatia menentang naib juara Kumpulan C, Denmark. Pertemuan ini menemukan maestro pemain tengah Modric dan Eriksen

Seawal minit kedua, Denmark di hadapan hasil jaringan Jorgensen yang memanfaatkan peluang di depan gawang. Croatia tidak menunggu lama untuk bertindak balas. Mandzukic hanya mengambil masa 2 minit selepas itu untuk kembali menjadikan perlawanan seimbang.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tidak berhasil memecah kebuntuan.

Minit ke 114 masa tambahan, Croatia mendapat peluang keemasan apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah Rebin dijatuhkan dalam situasi satu lawan satu. Namun, Luka Modric gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Akhirnya, kemenangan memihak kepada Croatia dengan keputusan 3-2 setelah penjaga gawang, Daniel Subajic menjadi wira mereka.

Croatia akan bertemu Russia di peringkat suku akhir.

 

Foto kredit : standard(dot)co(dot)uk

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Antarabangsa

Russia mara, Sepanyol gigit jari

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Kejutan demi kejutan berlaku di Piala Dunia 2018. Kali ini Sepanyol menjadi mangsa tersingkir di saingan 16 akhir kepada tuan rumah, Russia.

Sepanyol bermula garang dengan penguasaan bola sambil serangan bertali arus dilancarkan. Hasilnya, gol pertama hadir melalui jaringan sendiri Ignashevich.

Russia tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan melalui sepakan penalti hasil kesilapan Pique.  Dzyuba tenang menewaskan David De Gea.

Sepanyol yang menguasai bola sukar untuk menembusi benteng kukuh pertahanan Rusia sehingga dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti.

Malam yang serba tidak menjadi buat Koke dan Iago Aspas apabila percubaan mereka diselamatkan oleh penjaga gol Russia, Igor Akinfeev.

Dengan tersingkirnya Sepanyol, lagenda mereka Andres Iniesta turut mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa.

Russia akan bertemu Croatia di peringkat suku akhir.

Foto kredit : Business-Standard (dot) com

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Antarabangsa

Cavani unggul, Ronaldo pulang awal

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Saingan perlawanan kedua peringkat 16 akhir Piala Dunia 2018 menemukan Uruguay dan Portugal.

Edinson Cavani membuka jaringan seawal minit ke-7 hasil hantaran jauh satu-dua dengan Luis Suarez. Tersentak dengan jaringan itu, Portugal menggandakan asakan dan berjaya memperoleh gol penyamaan melalui Pepe. Gol ini meleburkan rekod tanpa bolos Uruguay ketika saingan peringkat kumpulan.

Tanpa menunggu lama, Cavani menjadi wira dengan sekali lagi meledak gol hasil rembatan menarik menuju penjuru gawang menewaskan Rui Patricio.

Uruguay bakal berkunjung ke Nizhny Novgorod bagi menghadapi Perancis untuk saingan suku akhir pada Jumaat.

 

Foto kredit : BBC

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

DIARI LAIN

Title

Trending

Copyright © 2018 DiariSukan. Powered with <3 by CP

WP Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com