Connect with us

Bola Sepak

JDT Cerahkan Peluang ke Peringkat Seterusnya1 minit bacaan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Johor Darul Ta’zim (JDT) mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya selepas menang tipis ke atas wakil Singapura, Tampines Rovers pada perlawanan peringkat kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

JDT terpaksa berhempas pulas sebelum mengesahkan kemenangan hasil jaringan pada lewat permainan oleh penyerang negara, Ahmad Hazwan Bakri.

Pasukan tuan rumah yang memerlukan kemenangan membuka tirai jaringan menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti Safawi Rasid pada minit ke-13.

Sebelum tamat babak pertama, pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan JDT, Corbin-Ong dan dilayangkan kad kuning.

Khairul Amri tenang menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol, Izham Tarmizi bagi menyamakan kedudukan.

Beraksi di hadapan lebih 8,000 penonton, skuad kendalian Raul Longhi melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang pelawat dan akhirnya berjaya menjaringkan gol menerusi percubaan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-79.

Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan H, Persija Jakarta menewaskan wakil Vietnam, Song Lam nghe An 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.

Foto Kredit : batam(dot)tribunnews(dot)com

Pss, jom share artikel ni

Berpengalaman lebih 1 tahun dalam penulisan dan kewartawanan sukan. Penulis yang berdedikasi untuk DiariSukan.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Antarabangsa

Iniesta Pilih Vissel Kobe

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Legenda Barcelona, Andres Iniesta berkata dia sedang dalam perjalanan ke ‘rumah baharu’ bersama ‘rakannya’ Hiroshi Mikitani, pemilik bagi kelab Jepun, Vissel Kobe.

Mikitani telah memuat naik gambar di laman Twitter miliknya bersama Iniesta di dalam sebuha jet peribadi dan pemain tengah itu juga memuat naik gambar ketika berada dalam jet tersebut.

Pemain berusia 34 tahun itu yang menghabiskan masa 22 tahun bersama kelab The Catalan dan telah memenangi 22 kejuaraan utama.

Dia telah membuat sebanyak 674 penampilan buat kelab yang disertainya sejak berusia 12 tahun lagi.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu bermain pada perlawanan terakhirnya bersama Barcelona ketika menang ke atas Real Sociedad, dan Iniesta bakal menyertai bekas pemain Arsenal dan Jerman, Lukas Podolski di Kobe.

Mereka kini menduduki tangga keenam dalam Liga-J selepas 15 perlawanan.

 

 

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Bola Sepak

KL Berpesta Gol di Cheras

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Kuala Lumpur memulakan perlawanan di bulan Ramadhan dengan membelasah pasukan Kelantan, 5-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.

Kelantan yang menurunkan import barunya, Alaeddine Bouslimi gagal menyekat ‘keganasan’ jentera serangan Kuala Lumpur yang mendahului perlawanan dengan dua gol dalam tempoh sembilan minit perlawanan.

Kejayaan tersebut jelas menggembirakan hati pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel kerana  pasukannya tewas kepada ‘ubi muda’ Kelantan 4-2 sebelum ini.

Kali terakhir Kuala Lumpur menewaskan jaguh Pantai Timur itu adalah pada 2004 sekali gu menamatkan kemarau kemenangan dalam 15 perlawanan.

Sumber : MyMetro

Foto Kredit : Kuala Lumpur City Boys

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Antarabangsa

Slot UCL milik Inter Milan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Inter Milan menempah slot ke saingan Liga Juara Juara musim hadapan selepas menang 3-2 ke atas Lazio, awal pagi tadi.

Kemenangan dramatik itu membolehkan Inter layak ke UCL buat pertama kali sejak 2012.

Lazio yang melayan kunjungan Inter Milan hanya memerlukan keputusan seri untuk menduduki tempat keempat dan slot automatik ke UCL, berada di depan hasil jaringan sendiri Ivan Perisic.

Selepas itu Danilo d’Ambrosio memadam kelebihan jaringan tersebut namun Felipe Anderson kembali meletakkan Lazio di depan.

Walaubagaimanapun, anak-anak buah Luciano Spaletti menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kapten pasukan, Mauro Icardi menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum pemain Lazio, Senad Lulic dibuang padang dan tandukan lewat permainan daripada Matias Vecino memastikan kemenangan milik Inter Milan.

Foto Kredit :  sidomi(dot)com

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

DIARI LAIN

Title

Trending

Copyright © 2018 DiariSukan. Powered with <3 by CP

WP Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com