Connect with us

Hoki

Skuad hoki negara akan dirombak – Huizen1 minit bacaan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen membayangkan akan membuat rombakan dalam senarai 18 nama pemain ke Sukan Komanwel 2018.

Hal ini kerana ada di antara mereka yang masih dibelenggu masalah kecederaan dan Stephen perlu menunggu keputusan daripada pihak perubatan berhubung status kecederaan melibatkan beberapa pemain dalam senarai 18 pemain tersebut.

“Buat masa sekarang kami sedang memantau tahap keceraan seperti Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dan beberapa pemain lagi dalam senarai 18 nama ke Sukan Komanwel mungkin kita perlu beri masa kepada mereka sehingga doktor perubatan pasukan memberikan maklum balas sama ada mereka sudah pulih sepenuhnya atau tidak.

“Kecederaan pemain lain seperti Muhammad Marhan Mohd Jalil serta Tengku Tajuddin Tengku Abdul Jalil tidak begitu serius, saya percaya mereka mampu pulih dalam tempoh singkat.

“Bagaimanapun kita kena tunggu penilaian daripada pihak perubatan dulu,” katanya selepas majlis Anugerah Sukan Negara (ASN).

Dalam majlis tersebut pasukan hoki lelaki negara dinobat sebagai penerima Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik 2017 berikutan prestasi me­yakinkan pada tahun lalu termasuk layak ke Piala Dunia 2018 serta muncul naib juara Piala Asia 2017.

Stephen berharap semua pemain akan bekerja keras pada tahun ini terutama selepas memenangi Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik 2017.

“Anugerah ini satu penghormatan buat pasukan hoki negara atas kejayaan dilakar pada tahun lalu dan ini dapat meningkatkan motivasi pasukan untuk meraih kejayaan tahun ini.

“Tahun ini banyak kejohanan yang bakal disertai sekali gus memerlukan kerja keras dalam kalangan pemain untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Foto Kredit : azlanshahcup(dot)my

Pss, jom share artikel ni

Berpengalaman lebih 1 tahun dalam penulisan dan kewartawanan sukan. Penulis yang berdedikasi untuk DiariSukan.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hoki

Kami ada pelan B – Van Huizen

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen berkata beliau mempunyai pelan B dan akan menggunakannya sekiranya Muhammad Marhan Abdul Jalil tidak dapat diturunkan menentang England esok dalam perlawanan yang akan menentukan nasib Malaysia ke perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah.

Malaysia akan berdepan England dengan misi wajib menang dalam perlawanan akhir peringkat liga sepusingan kejohanan andai mahu melangkah ke perlawanan akhir bertemu Australia.

Muhammad Marhan masih belum pulih daripada kecederaan ketika melaksanakan tugas sebagai pelari utama sewaktu situasi sudut penalti dalam perlawanan dengan India semalam.

Stephen berkata, dia perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan terutama dari strategi yang akan digunakan oleh England.

“Semalam Muhammad Marhan tidak dapat meneruskan permainan selepas bola terkena bahagian atas lututnya. Hari ini dia akan menjalani sesi pemulihan dan esok kita tunggu apa keputusannya.

“Marhan adalah pemain senior yang memainkan peranan penting sebagai pelari utama, namun pasukan masih mempunyai pilihan lain seperti pemain baharu, Nor Syafiq Sumantri dan Syed Mohd. Syafiq Syed Cholan,” katanya.

Muhammad Marhan menjadi watak penting yang membantu Malaysia mencipta kejutan ke atas Argentina pada Selasa lalu apabila berjaya melaksanakan tugas dengan baik sebagai pelari utama untuk menggagalkan set piece juara Olimpik itu dalam si­tuasi pukulan sudut penalti.

Berdasarkan rekod pertemuan Malaysia-England sejak 1973 yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) me­nyaksikan skuad negara hanya menang sekali daripada 13 pertemuan.

Kemenangan Malaysia Tigers itu dicatatkan dalam Cabaran Juara-juara 2003 di pusingan pertama.

Kali terakhir Malaysia bertemu England ialah dalam kejohanan Separuh Akhir Liga Juara-juara di London pada tahun lalu yang menyaksikan skuad negara tewas 4-1. England berada di kedudukan ketujuh dalam ranking dunia manakala Malaysia di tempat ke-12.

Foto Kredit : gettyimages(dot)com

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Hoki

Malaysia tundukkan Argentina

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Pasukan hoki negara berjaya meruntuhkan ego skuad Argentina menerusi kemenangan 2-1 dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak sebentar tadi.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Tengku Tajuddin dan Najmi Farizal Jazlan masing-masing pada minit ke 20 dan 28. Gol saguhati Argentina dijaringkan oleh Diego Paz pada minit ke-32.

Pasukan negara yang turun sebagai pasukan ‘underdog’ berjaya membuktikan kepada Argentina bahawa Malaysia bukan sebuah pasukan belasahan dan sekaligus menewaskan skuad Argentina yang rata-rata dibarisi pemain handalan dunia.

Anak buah Stephen Van Huizen akan turun menentang pasukan India, esok.

Foto Kredit : kosmo(dot)com

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Hoki

“Tiada siapa boleh halang saya”

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Pemain hoki Argentina, Gonzalo Peillat memberi amaran bahawa tiada sesiapa terutama pemain Malaysia yang mampu menghalang beliau daripada menjaringkan gol dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah.

Walaupun Peillat mendabik dada, namun beliau berhak berkata demikian kerana statistik menunjukkan jumlah gol yang dijaringkannya dalam kejohanan besar sebelum ini.

Rekod Peillat cukup mengagumkan. Dia menjaringkan 10 gol untuk muncul penjaring terbanyak dalam Piala Dunia 2014  ketika membantu Argentina memenangi gangsa. Pencapaian terbaiknya adalah membantu negaranya memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2016 dan sekali lagi muncul penjaring terbanyak dengan 11 gol.

Mesin gol dari Argentina ini melaungkan amaran untuk menjadikan Malaysia mangsa seterusnya dengan mencipta hatrik sekali lagi setelah melakukannya ketika membantu Argentina menewaskan India dan Ireland. Beliau kini telah mengumpul enam gol.

“Saya kenal beberapa pemain Malaysia kerana pernah bermain unutk THT (Pasukan Hoki Terengganu) dalam kempen Liga Hoki Malaysia.

“Semua maklumat berkaitan pasukan Malaysia akan saya kongsi dengan pasukan kami.

“Jika saya dapat melakukan hatrik ketika menentang Malaysia, ini pasti sesuatu yang mengujakan buat saya,”katanya.

Dalam persaingan TNB-MHL 2018, Peillat yang beraksi di posisi pertahanan bersama THT muncul sebagai penjaring terbanyak de­ngan 16 gol.

Antara pemain skuad negara yang menjadi rakan sepasukan Peillat dalam THT ialah penye­rang Faizal Saari, pemain tengah Fitri Saari dan penjaga gol Hafizuddin Othman.

Foto Kredit : zimbio(dot)com

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

DIARI LAIN

Title

Trending

Copyright © 2018 DiariSukan. Powered with <3 by CP

WP Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com