Connect with us

Tempatan

TMJ Letak Jawatan?2 minit bacaan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan perletakan jawatan malam tadi berikutan kejatuhan ranking skuad kebangsaan yang merosot tiga anak tangga.

Walaupun sebelum ini TMJ pernah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun perkembangan terbaru menerusi akaun JOHOR Southern Tigers memberi petanda bahawa beliau serius untuk melepaskan jawatan sebagai orang nombor satu persatuan itu.

“Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh tiga anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar! Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan.

“Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bolasepak Malaysia. Selamat maju jaya.

“Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya..Daddy’s home!,” katanya menerusi akaun terbabit, semalam.

Dalam masa sama, Tunku Ismail mengakui sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatannya terutamanya selepas berjaya menstrukturkan semula persatuan itu termasuklah mengubah senario bola sepak tempatan sehingga menjadi lebih berdaya saing.

“Sepanjang saya menjadi Presiden FAM, saya telah memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang kepada bola sepak negara dan menyediakan pelan jangka panjang untuk bola sepak negara seperti melakukan kerjasama bersama La Liga.

“Saya juga telah memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan.

“Ini adalah satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila buat pertama kalinya setiap pasukan bertanding telah menerima sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta setahun untuk wang hak penyiaran dimana setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada kerajaan.

“Dalam pada itu, skuad B-23, B-19 dan B-16 telah berjaya melakar sejarah buat pertama kalinya mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia,” katanya.

Dengan peletakkan jawatan oleh TMJ, Timbalan Presiden I, Datuk Seri Subahan Kamal dijangka memangku tugas berkenaan sehingga pemilihan presiden baharu.

Foto Kredit : selangorpress(dot)net

Pss, jom share artikel ni

Berpengalaman lebih 1 tahun dalam penulisan dan kewartawanan sukan. Penulis yang berdedikasi untuk DiariSukan.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tempatan

Persija mudah ratah JDT

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Persija Jakarta mudah menjinakkan Johor Darul Ta’zim (JDT)  4-0 pada aksi Kumpulan H Piala AFC yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, malam tadi.

Persija yang mahu membalas dendam selepas tewas 3-0 pada aksi di Larkin sebelum ini, mudah merobek gawang juara Liga Super itu dengan penyerang importnya, Marko Simic meledak empat gol dalam perlawanan itu.

Pengendali JDT, Raul Longhi yang mempertaruhkan pemain tempatan dengan hanya seorang pemain import diletakkan dalam kesebelasan utama ternyata memakan diri apabila mereka bergelut untuk membuat gerakan dan gagal untuk mengancam kubu pertahanan lawan.

Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri, anak buah Stefano Cugurra mendominasi perlawanan sejak mula lagi dan kemenangan itu menyaksikan mereka mengetuai Kumpulan H dan terikat 10 mata bersama kelab Vietnam, Song Lam Nghe An.

Bagaimanapun, JDT masih berpeluang ke separuh akhir Zon Asia tenggara dengan syarat mereka perlu menewaskan Song Lam Nghe An dengan jaringan yang besar untuk muncul selaku dua pasukan naib juara terbaik.

JDT sepatutnya mampu menghalang gerakan Simic selepas Raul Longhi meletakkan Harris Harun, Junior Eldstal dan Aidil Zafuan di bahagian pertahanan namun ketinggalan seawal minit ketujuh hasil tandukan Simic selepas menerima hantaran daripada Riko Simanjuntak.

Lima minit kemudian, Simic sekali lagi menjaringkan gol selepas menanduk masuk umpanan Rezaldi Hehanusa pada minit ke-12.

Kerapuhan barisan pertahanan JDT untuk mengekang Ramdani Lestaluhu akhirnya dihukum selepas pemain itu melakukan hantaran kepada Simic untuk melengkapkan hatriknya pasa minit ke-19.

Malang berganda menimpa JDT apabila Adam Nor Azlin dilayangkan kad kerana melakukan terjahan keras ke atas pemin Persija Jakarta dan memaksa pasukan pelawat beraksi dengan 10 pemain bagi tempoh 12 minit baki perlawanan.

Malam malang JDT berterusan apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-86 dan Simic melengkapkan gol keempat peribadinya dalam perlawanan itu.

Sumber : My Metro

Foto Kredit : fourfourtwo(dot)com

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Tempatan

Malaysia bawa cabaran ke tarik tali dunia

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Malaysia menghantar kontinjen besar ke Kejohanan Tarik Tali Dunia Dalam Dewan (TWIF) 2018 , di Xuzhou, China bermula Khamis ini.

Presiden Persatuan Tarik Tali Malaysia (MTWA), Zolkefli Ahmat berkata, buat pertama kali pertauan menghantar kontinjen besar yang membabitkan empat pasukan terdiri lebih daripada 90 peserta.

“Kejohanan di Achina itu membabitkan 25 negara dan MTWA harap dapat mengharumkan nama Malaysia dengan menjuarai sekurang-kurangnya satu kategori.

Malaysia akan bertanding dalam tiga kategori iaitu wanita bawah 23 tahun, dua pasukan untuk kategori lelaki bawah 23 tahun dan satu pasukan kategori 23 tahun an ke atas.

Zolkefli juga berkata MTWA bercita-cita untuk menjadikan sukan tarik tali sebagai sukan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini dan dijangka mula dilaksanakan September ini.

Sementara itu, Johari berkata penyertaan kontinjen negara itu membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai bakat dalam pelbagai sukan.

Beliau berkata, Malaysia pernah bertanding di Thailand dan Mongolia tetapi inilah kali pertama menghantar kontinjen terbesar ke peringkat antarabangsa.

Katanya, Malaysia juga buat pertama kali akan menjadi tuan rumah kejohanan tarik tali peringkat antarabangsa membabitkan 450 negara di Langkawi pada 23 Julai ini.

Foto Kredit : astroawani(dot)com

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Bola Sepak

“Berpunca daripada Fernando”, TMJ

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Kontroversi yang melanda skuad Johor Darul Ta’zim ekoran penyerang utama mereka, Jorge Pereyra Diaz yang dilaporkan meninggalkan skuad itu adalah berpunca daripada bekas jurulatih kecergasan JDT, Fernando.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu video di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers, mendakwa Fernando menjadi dalang utama Diaz meninggalkan kelab sehingga menimbulkan perbalahan antara pemain kelahiran Argentina itu dengan bekas jurulatih, Ulisses Morais.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu juga berkata Fernando didakwa menjadi ‘dalang’ yang membawa kepada berlakunya masalah antara pemain dengan tiga jurulatih sebelum ini termasuk Bojan Hodak, Mario Gomez dan Benjamin Mora.

“Morais ingin tinggalkan JDT sebab isteri beliau akan menjalani pembedahan kecil di Portugal, jadi beliau nak balik ke sana untuk jaga isterinya. Saya menghormati keputusannya, tapi ada lagi satu isu beliau ada bergaduh dengan Diaz sejak pramusim.

“Bila saya buat siasatan lebih terperinci, saya dapati masalah ini datang daripada jurulatih kecergasan yang bernama Fernando. Kalau anda tengok tiga jurulatih sebelum ini termasuk Hodak, Gomez dan Mora, mesti ada masalah dengan pemain.

“Apa yang terjadi, bila jurulatih (baharu) datang ke sini (JDT), mereka akan bawa kakitangan mereka sendiri termasuk jurulatih kecergasan dan pegawai fisioterapi.

“Jadi, Fernando rasa kurang senang, takut tempat beliau diambil orang lain dan beliau tiada kerja. Apa yang beliau buat, beliau menggunakan hubungan rapat dengan pemain untuk menyucuk (menghasut) pemain bagi memastikan pemain ada masalah dengan jurulatih,” katanya.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dalam kenyataannya, menjelaskan Diaz yang juga penjaring terbanyak Liga Super musim 2016 telah meninggalkan hotel penginapan pasukan pada 12 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum berlepas ke Vietnam untuk aksi Piala AFC.

Selain itu, TMJ turut mengesahkan sudah memecat Fernando dan tindakan itu dianggap menjadi punca Diaz turut ‘angkat kaki’ dari kelab itu, kelmarin.

“Bila saya dapat tahu benda ini, saya cakap lebih baik kita buang orang ini (Fernando) sebab sudah banyak masalah dari dulu lagi, walaupun sudah bagi peluang kedua pun masih ada masalah.

“Selepas siasatan, saya pecat jurulatih kecergasan itu, saya bercakap dengan Alistair dan ketua pencari bakat dan wakil delegasi asing JDT, Martin Prest bahawa saya jamin pemain itu pun akan ikut.

“Ia kerana dia (hubungan mereka) amat rapat dan itu yang terjadi. Jadi bila saya pecat Fernando, pemain itu (Diaz) pun nak ikut, jadi saya ucapkan selamat berjaya,” katanya.

Foto Kredit : fourfourtwo(dot)com

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

DIARI LAIN

Title

Trending

Copyright © 2018 DiariSukan. Powered with <3 by CP

WP Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com