Connect with us

Antarabangsa

Wenger lega Arsenal menang1 minit bacaan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Arsene Wenger memuji usaha pemainnya membantu Arsenal melangkah ke saingan suku akhir Liga Europa selepas meraih kemenangan ke atas AC Milan dalam aksi timbal balik dengan keputusan 3-1, awal pagi tadi.

“Kami meraih kemenangan dalam dua perlawanan dan menamatkan aksi kedua dengan keyakinan sebagai satu pasukan mantap.

“Saya berasa lega dengan kemenangan ini dan berharap kemenangan ini dapat membangkitkan motivasi para pemain untuk perlawanan seterusnya,” kata Wenger.

Dalam perlawanan kedua 16 akhir menentang AC Milan di Emirates, tiga gol Arsenal disumbangkan oleh Danny Welbeck dan Granit Xhaka. Gol tunggal AC Milan dijaringkan oleh Hakan Calhanoglu.

Arsenal mara ke suku akhir dengan agregat 5-1 selepas meraih kemenangan dalam aksi pertama 2-0. – REUTERS

Foto Kredit : dailystar(dot)co(dot)uk

Pss, jom share artikel ni

Berpengalaman lebih 1 tahun dalam penulisan dan kewartawanan sukan. Penulis yang berdedikasi untuk DiariSukan.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Antarabangsa

Perlawanan penuh debaran Croatia

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Saingan pusingan kalah mati 16 akhir menemukan juara Kumpulan D, Croatia menentang naib juara Kumpulan C, Denmark. Pertemuan ini menemukan maestro pemain tengah Modric dan Eriksen

Seawal minit kedua, Denmark di hadapan hasil jaringan Jorgensen yang memanfaatkan peluang di depan gawang. Croatia tidak menunggu lama untuk bertindak balas. Mandzukic hanya mengambil masa 2 minit selepas itu untuk kembali menjadikan perlawanan seimbang.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tidak berhasil memecah kebuntuan.

Minit ke 114 masa tambahan, Croatia mendapat peluang keemasan apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah Rebin dijatuhkan dalam situasi satu lawan satu. Namun, Luka Modric gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Akhirnya, kemenangan memihak kepada Croatia dengan keputusan 3-2 setelah penjaga gawang, Daniel Subajic menjadi wira mereka.

Croatia akan bertemu Russia di peringkat suku akhir.

 

Foto kredit : standard(dot)co(dot)uk

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Antarabangsa

Russia mara, Sepanyol gigit jari

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Kejutan demi kejutan berlaku di Piala Dunia 2018. Kali ini Sepanyol menjadi mangsa tersingkir di saingan 16 akhir kepada tuan rumah, Russia.

Sepanyol bermula garang dengan penguasaan bola sambil serangan bertali arus dilancarkan. Hasilnya, gol pertama hadir melalui jaringan sendiri Ignashevich.

Russia tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan melalui sepakan penalti hasil kesilapan Pique.  Dzyuba tenang menewaskan David De Gea.

Sepanyol yang menguasai bola sukar untuk menembusi benteng kukuh pertahanan Rusia sehingga dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti.

Malam yang serba tidak menjadi buat Koke dan Iago Aspas apabila percubaan mereka diselamatkan oleh penjaga gol Russia, Igor Akinfeev.

Dengan tersingkirnya Sepanyol, lagenda mereka Andres Iniesta turut mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa.

Russia akan bertemu Croatia di peringkat suku akhir.

Foto kredit : Business-Standard (dot) com

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Antarabangsa

Cavani unggul, Ronaldo pulang awal

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Saingan perlawanan kedua peringkat 16 akhir Piala Dunia 2018 menemukan Uruguay dan Portugal.

Edinson Cavani membuka jaringan seawal minit ke-7 hasil hantaran jauh satu-dua dengan Luis Suarez. Tersentak dengan jaringan itu, Portugal menggandakan asakan dan berjaya memperoleh gol penyamaan melalui Pepe. Gol ini meleburkan rekod tanpa bolos Uruguay ketika saingan peringkat kumpulan.

Tanpa menunggu lama, Cavani menjadi wira dengan sekali lagi meledak gol hasil rembatan menarik menuju penjuru gawang menewaskan Rui Patricio.

Uruguay bakal berkunjung ke Nizhny Novgorod bagi menghadapi Perancis untuk saingan suku akhir pada Jumaat.

 

Foto kredit : BBC

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

DIARI LAIN

Title

Trending

Copyright © 2018 DiariSukan. Powered with <3 by CP

WP Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com