Connect with us

Antarabangsa

Awasi trio The Reds – Gundogan1 minit bacaan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan mahu rakan-rakan berwaspada dengan ancaman trio serangan Liverpool menjelang suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Anfield, awal pagi Khamis ini.

City mengalami satu-satunya kekalahan mereka dalam saingan Liga Perdana musim ini selepas tumpas 3-4 di tangan Liverpool.

Gol-gol tersebut dijaringkan dalam tempoh sembilan minit menerusi trio Liverpool, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah dengan ketiga-tiganya secara kesuluruhan sudah meledak 75 gol buat Liverpool musim ini.

“Satu penghormatan besar dapat menentang mereka kerana ketiga-tiganya sudah menjaringkan begitu banyak gol dan mencipta banyak peluang,” kata Gundogan kepada media British.

“Liverpool satu-satunya pasukan yang mampu menewaskan kami dalam saingan liga. Tapi kami sedar kenapa ia terjadi walaupun persembahan kami agak baik pada hari itu.

“Kembali ke Anfield untuk perlawanan pertama adalah motivasi yang hebat buat kami. Kami mahukan keputusan yang posittif pada aksi pertama dan mendominasi permainan pada perlawanan kedua, di depan peminat kami.

“Itulah yang kami mahu lakukan dan yakin kami akan mara ke peringkat seterusnya.”

Pemain tengah Jerman itu yang menghabiskan empat musim bermain di bawah bimbingan bos Liverpool, Jurgen Klopp ketika beraksi bersama Borussia Dortmund sebelum berpindah ke England.

Sepanjang tempoh itu, kelab Jerman itu menjuarai Bundesliga, Piala Jerman dan mara ke final Liga Juara juara 2013.

“Jurgen pengurus yang bagus dan beliau mampu memotivasikan pasukan menjelang setiap perlawanan,” kata Gundogan.

City boleh mengesahkan kejuaraan Liga Perdana dengan kemenangan ke atas musuh setempat, Manchester United Sabtu ini sebelum mengharungi aksi suku akhir kedua di Etihad, tiga hari kemudian.

Sumber : Harian Metro

Foto Kredit : mancity(dot)com

 

Pss, jom share artikel ni

Berpengalaman lebih 1 tahun dalam penulisan dan kewartawanan sukan. Penulis yang berdedikasi untuk DiariSukan.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Antarabangsa

Perlawanan penuh debaran Croatia

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Saingan pusingan kalah mati 16 akhir menemukan juara Kumpulan D, Croatia menentang naib juara Kumpulan C, Denmark. Pertemuan ini menemukan maestro pemain tengah Modric dan Eriksen

Seawal minit kedua, Denmark di hadapan hasil jaringan Jorgensen yang memanfaatkan peluang di depan gawang. Croatia tidak menunggu lama untuk bertindak balas. Mandzukic hanya mengambil masa 2 minit selepas itu untuk kembali menjadikan perlawanan seimbang.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tidak berhasil memecah kebuntuan.

Minit ke 114 masa tambahan, Croatia mendapat peluang keemasan apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah Rebin dijatuhkan dalam situasi satu lawan satu. Namun, Luka Modric gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Akhirnya, kemenangan memihak kepada Croatia dengan keputusan 3-2 setelah penjaga gawang, Daniel Subajic menjadi wira mereka.

Croatia akan bertemu Russia di peringkat suku akhir.

 

Foto kredit : standard(dot)co(dot)uk

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Antarabangsa

Russia mara, Sepanyol gigit jari

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Kejutan demi kejutan berlaku di Piala Dunia 2018. Kali ini Sepanyol menjadi mangsa tersingkir di saingan 16 akhir kepada tuan rumah, Russia.

Sepanyol bermula garang dengan penguasaan bola sambil serangan bertali arus dilancarkan. Hasilnya, gol pertama hadir melalui jaringan sendiri Ignashevich.

Russia tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan melalui sepakan penalti hasil kesilapan Pique.  Dzyuba tenang menewaskan David De Gea.

Sepanyol yang menguasai bola sukar untuk menembusi benteng kukuh pertahanan Rusia sehingga dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti.

Malam yang serba tidak menjadi buat Koke dan Iago Aspas apabila percubaan mereka diselamatkan oleh penjaga gol Russia, Igor Akinfeev.

Dengan tersingkirnya Sepanyol, lagenda mereka Andres Iniesta turut mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa.

Russia akan bertemu Croatia di peringkat suku akhir.

Foto kredit : Business-Standard (dot) com

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Antarabangsa

Cavani unggul, Ronaldo pulang awal

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Saingan perlawanan kedua peringkat 16 akhir Piala Dunia 2018 menemukan Uruguay dan Portugal.

Edinson Cavani membuka jaringan seawal minit ke-7 hasil hantaran jauh satu-dua dengan Luis Suarez. Tersentak dengan jaringan itu, Portugal menggandakan asakan dan berjaya memperoleh gol penyamaan melalui Pepe. Gol ini meleburkan rekod tanpa bolos Uruguay ketika saingan peringkat kumpulan.

Tanpa menunggu lama, Cavani menjadi wira dengan sekali lagi meledak gol hasil rembatan menarik menuju penjuru gawang menewaskan Rui Patricio.

Uruguay bakal berkunjung ke Nizhny Novgorod bagi menghadapi Perancis untuk saingan suku akhir pada Jumaat.

 

Foto kredit : BBC

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

DIARI LAIN

Title

Trending

Copyright © 2018 DiariSukan. Powered with <3 by CP

WP Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com