Connect with us

Antarabangsa

Zidane belum selamat1 minit bacaan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Real Madrid bakal berdepan tugas sukar menjelang suku akhir pertama Liga Juara-Juara apabila bertemu gergasi Itali, Juventus dan segala keputusan perlawanan itu akan menentukan nasib Zinedine Zidane di Real Madrid.

Pengendali dari Perancis itu menyatakan hasrat untuk kekal di Madrid walaubagaimanapun berdepan tugas berat menentang bekas kelabnya itu awal pagi Rabu ini di Allianz Stadium.

Real kini hanya mempunyai satu peluang untuk memenangi trofi utama musim ini selepas gagal dalam kempen mempertahankan gelaran La Liga dan juga tersingkir awal dalam saingan Piala Raja Sepanyol.

Real kini berada dalam ‘mood’ yang baik apabila menang 10 daripada 11 perlawanan terakhir mereka, termasuk kejayaan menyingkirkan PSG dan merapatkan jurang dengan Atletico Madrid di tangga kedua kepada empat mata.

“Ia satu lagi perlawanan, pertandingan berbeza, kami tahu kami perlu ke Juventus dengan misi untuk menang dan menjaringkan gol,” kata Zidane.

Tetapi bagi Juventus, yang menyingkirkan Tottenham dalam kelompok 16 terakhir, ia peluang terbaik untuk menebus kekalahan pada lawan yang sama di final tahun lalu dan kekal di landasan terbaik untuk mencatat sejarah treble.

Juventus memenangi kedua-dua gelaran Serie A dan Coppa Italia untuk tiga musim berturut-turut, namun gagal untuk melakukan ‘hatrik’ dengan kilauan trofi Liga Juara-Juara apabila dua kali tewas di final.

“Kami bercita-cita untuk menewaskan Real Madrid,” kata pengendali Juventus Massimiliano Allegri. “Ia akan menjadi perlawanan yang hebat, tetapi keutamaan kami adalah Serie A. Kami akan menentang Real Madrid dengan semangat juang yang tinggi.”

Sumber : Harian Metro

Foto Kredit : 20minutos(dot)es

Pss, jom share artikel ni

Berpengalaman lebih 1 tahun dalam penulisan dan kewartawanan sukan. Penulis yang berdedikasi untuk DiariSukan.com

Antarabangsa

Perlawanan penuh debaran Croatia

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Saingan pusingan kalah mati 16 akhir menemukan juara Kumpulan D, Croatia menentang naib juara Kumpulan C, Denmark. Pertemuan ini menemukan maestro pemain tengah Modric dan Eriksen

Seawal minit kedua, Denmark di hadapan hasil jaringan Jorgensen yang memanfaatkan peluang di depan gawang. Croatia tidak menunggu lama untuk bertindak balas. Mandzukic hanya mengambil masa 2 minit selepas itu untuk kembali menjadikan perlawanan seimbang.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tidak berhasil memecah kebuntuan.

Minit ke 114 masa tambahan, Croatia mendapat peluang keemasan apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah Rebin dijatuhkan dalam situasi satu lawan satu. Namun, Luka Modric gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Akhirnya, kemenangan memihak kepada Croatia dengan keputusan 3-2 setelah penjaga gawang, Daniel Subajic menjadi wira mereka.

Croatia akan bertemu Russia di peringkat suku akhir.

 

Foto kredit : standard(dot)co(dot)uk

 

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Antarabangsa

Russia mara, Sepanyol gigit jari

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Kejutan demi kejutan berlaku di Piala Dunia 2018. Kali ini Sepanyol menjadi mangsa tersingkir di saingan 16 akhir kepada tuan rumah, Russia.

Sepanyol bermula garang dengan penguasaan bola sambil serangan bertali arus dilancarkan. Hasilnya, gol pertama hadir melalui jaringan sendiri Ignashevich.

Russia tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan melalui sepakan penalti hasil kesilapan Pique.  Dzyuba tenang menewaskan David De Gea.

Sepanyol yang menguasai bola sukar untuk menembusi benteng kukuh pertahanan Rusia sehingga dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti.

Malam yang serba tidak menjadi buat Koke dan Iago Aspas apabila percubaan mereka diselamatkan oleh penjaga gol Russia, Igor Akinfeev.

Dengan tersingkirnya Sepanyol, lagenda mereka Andres Iniesta turut mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa.

Russia akan bertemu Croatia di peringkat suku akhir.

Foto kredit : Business-Standard (dot) com

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Antarabangsa

Cavani unggul, Ronaldo pulang awal

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Saingan perlawanan kedua peringkat 16 akhir Piala Dunia 2018 menemukan Uruguay dan Portugal.

Edinson Cavani membuka jaringan seawal minit ke-7 hasil hantaran jauh satu-dua dengan Luis Suarez. Tersentak dengan jaringan itu, Portugal menggandakan asakan dan berjaya memperoleh gol penyamaan melalui Pepe. Gol ini meleburkan rekod tanpa bolos Uruguay ketika saingan peringkat kumpulan.

Tanpa menunggu lama, Cavani menjadi wira dengan sekali lagi meledak gol hasil rembatan menarik menuju penjuru gawang menewaskan Rui Patricio.

Uruguay bakal berkunjung ke Nizhny Novgorod bagi menghadapi Perancis untuk saingan suku akhir pada Jumaat.

 

Foto kredit : BBC

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

DIARI LAIN

Title

Trending

Copyright © 2018 DiariSukan. Powered with <3 by CP

WP Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com