Bola Sepak
KL Berpesta Gol di Cheras1 minit bacaan

Kuala Lumpur memulakan perlawanan di bulan Ramadhan dengan membelasah pasukan Kelantan, 5-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.
Kelantan yang menurunkan import barunya, Alaeddine Bouslimi gagal menyekat ‘keganasan’ jentera serangan Kuala Lumpur yang mendahului perlawanan dengan dua gol dalam tempoh sembilan minit perlawanan.
Kejayaan tersebut jelas menggembirakan hati pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel kerana pasukannya tewas kepada ‘ubi muda’ Kelantan 4-2 sebelum ini.
Kali terakhir Kuala Lumpur menewaskan jaguh Pantai Timur itu adalah pada 2004 sekali gu menamatkan kemarau kemenangan dalam 15 perlawanan.
Sumber : MyMetro
Foto Kredit : Kuala Lumpur City Boys
Antarabangsa
Iniesta Pilih Vissel Kobe

Legenda Barcelona, Andres Iniesta berkata dia sedang dalam perjalanan ke ‘rumah baharu’ bersama ‘rakannya’ Hiroshi Mikitani, pemilik bagi kelab Jepun, Vissel Kobe.
Mikitani telah memuat naik gambar di laman Twitter miliknya bersama Iniesta di dalam sebuha jet peribadi dan pemain tengah itu juga memuat naik gambar ketika berada dalam jet tersebut.
Pemain berusia 34 tahun itu yang menghabiskan masa 22 tahun bersama kelab The Catalan dan telah memenangi 22 kejuaraan utama.
Dia telah membuat sebanyak 674 penampilan buat kelab yang disertainya sejak berusia 12 tahun lagi.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu bermain pada perlawanan terakhirnya bersama Barcelona ketika menang ke atas Real Sociedad, dan Iniesta bakal menyertai bekas pemain Arsenal dan Jerman, Lukas Podolski di Kobe.
Mereka kini menduduki tangga keenam dalam Liga-J selepas 15 perlawanan.
Antarabangsa
Slot UCL milik Inter Milan

Inter Milan menempah slot ke saingan Liga Juara Juara musim hadapan selepas menang 3-2 ke atas Lazio, awal pagi tadi.
Kemenangan dramatik itu membolehkan Inter layak ke UCL buat pertama kali sejak 2012.
Lazio yang melayan kunjungan Inter Milan hanya memerlukan keputusan seri untuk menduduki tempat keempat dan slot automatik ke UCL, berada di depan hasil jaringan sendiri Ivan Perisic.
Selepas itu Danilo d’Ambrosio memadam kelebihan jaringan tersebut namun Felipe Anderson kembali meletakkan Lazio di depan.
Walaubagaimanapun, anak-anak buah Luciano Spaletti menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kapten pasukan, Mauro Icardi menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum pemain Lazio, Senad Lulic dibuang padang dan tandukan lewat permainan daripada Matias Vecino memastikan kemenangan milik Inter Milan.
Foto Kredit : sidomi(dot)com
Antarabangsa
Payet digugurkan

Kapten Marseille, Dimitri Payet tidak tersenarai dalam skuad akhir Piala Dunia Rusia selepas pengumuman jurulatih, Didier Deschamps ekoran dia mengalami kecederaan pada saat-saat akhir.
Payet terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan hamstring pada babak pertama final Liga Europa menentang Atletico Madrid sekali gus meranapkan impiannya untuk beraksi di Rusia.
“Dia adalah pemain penting dalam skuad. Tetapi dia mengalami kecederaan dan proses pemulihan memerlukan sekurang-kurangnya tiga minggu,” kata Deschamps.
Payet merupakan antara bintang yang menyerlah ketika kejohanan Euro 2016 apabila membantu Perancis mara ke final tetapi tewas kepada Portugal.
Kekosongan yang ditinggalkan Payet akan diisi oleh rakannya di Marseille, Florian Thauvin dan kapten Lyon, Nabil Fekir.
Antara pemain yang akan menyarung jersi Perancis di Piala Dunia 2018 termasuklah Antoine Griezmann, Paul Pogba, Kylian Mbappe, Olivier Giroud malah pemain Manchester City, Benjamin Mendy turut tersenarai meskipun jarang bermain kerana kecederaan lutut yang serius.
Sumber : MyMetro
Foto Kredit : givemesport(dot)com
-
Ekslusif10 months ago
Waktu Bersenam Yang Terbaik
-
Antarabangsa8 months ago
Perlawanan penuh debaran Croatia
-
Antarabangsa9 months ago
Sam Allardyce dipecat
-
Antarabangsa8 months ago
Perancis ke suku akhir Piala Dunia
-
Antarabangsa9 months ago
Iniesta Pilih Vissel Kobe
-
Antarabangsa8 months ago
Russia mara, Sepanyol gigit jari
-
Antarabangsa9 months ago
Payet digugurkan
-
Bola Sepak11 months ago
70,000 penyokong Persija sambut JDT