Connect with us

Ekslusif

Waktu Bersenam Yang Terbaik3 minit bacaan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Seperti mana waktu tidur, dan waktu makan kita, bersenam juga ada waktu yang sesuai untuk kita lakukan. Waktu pagi, petang atau malam? Yang sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.

 

Awal pagi

Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu lakukannya! Ini kerana senaman pagi mampu :

 

  • Melanjutkan kesegeran dan mood

  • Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu.

 

  • Membakar lebihan lemak

  • Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima. Badan juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.

 

  • Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari 

  • Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji. Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.

 

  • Aktiviti pembakaran kalori berterusan

  • Jika anda bersenam badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga, kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan.
  • Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan asyik nak lepak dan duduk saja.
  • Cukuplah empat faktor di atas untuk meyakinkan anda bersenam di waktu pagi. Semuanya menjurus pada tahap kecergasan maksimum sepanjang hari yang mana semua orang yang mahu bekerja perlukan untuk menjalani kehidupan yang produktif.

 

Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain.

 

Petang atau Malam

Realitinya  tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu ideal selain pagi. Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu:

 

  • Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan.

 

  • Sebaiknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam.

 

  • Lebih manfaat  buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.

 

Lakukan senaman anda mengikut waktu yang dirasakan sesuai. Jangan pula memilih waktu yang tidak sesuai akhirnya senaman yang dilakukan tidak mampu diteruskan dek kerana tiada masa. Semuanya terpulang kepada anda untuk bertindak! Ingatlah, kesihatan tubuh badan penting untuk kualiti hidup yang lebih baik.


SUMBER : http://rapi.karangkraf.com/waktu-bersenam-yang-ideal-1.216011
Pss, jom share artikel ni
Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ekslusif

Pentingnya “warming-up” sebelum bersukan

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Sebelum menyertai aktiviti sukan atau sebarang aktiviti fizikal,kita perlu memanaskan badan.

Warming Up atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan nnt dapat dijalankan dengan lebih berkesan..

Warm up merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan mengaktifkan pengeluaran hormon yang akan membantu dalam proses penyaluran tenaga ke bahagian otot. Peningkatan aktiviti secara berperingkat juga secara umumnya akan meningkatkan suhu badan dan membuka liang roma untuk proses perpeluhan di mana penyejukan anggota badan diaktifkan.

  • Meningkatkan kadar degupan jantung atau peningkatan kadar nadi (bpm)
  • Peningkatan pengeluaran hormon
  • Mengurangkan kadar risiko kecederaan
  • Mekanisma pelepasan haba dalam badan diaktifkan
  • Merangsang Sistem Saraf Pusat (Central Nervous System)
  • Merangsang peningkatan pergerakan otot.
  • Meningkatkan prestasi semasa bersenam.

 

Antara senaman warming up yang digalakkan

AKTIVITI PERGERAKAN
Sukan dengan pergerakan yang pantas
  • Berjalan perlahan selama 5-10 minit
  • Lari setempat selama 30 saat
 5 – 6 kali       Ulangan
Berlari
  • Berjalan pantas 5-10 minit
  • Lompat setempat / lompat bintang
Bola Sepak , Futsal
  • Berlari-lari anak ulang alik ke bahagian tengah padang
  • Berlari sambil membawa bola mengikut gerakan latihan
Latihan Kekuatan (menggunakan pemberat atau dumbbell dll)
  • Gerakkan sendi dan otot mengikut pola pergerakan
  • Menggunakan pemberat yang kurang daripada biasa bagi mengawal pergerakan
Berenang
  • Berenang perlahan selama beberapa minit
  • Menggerakkan tangan dan  bahagian bahu melawan air
  • Menggerakkan kaki melawan air bagi memanaskan otot
Berbasikal
  • Kayuh perlahan selama beberapa minit
  • Lompat setempat berulang kali/lompat bintang
Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Ekslusif

Batal lagi?

Published

on

By

Pss, jom share artikel ni

SHAH ALAM: Nampaknya polemik penggunaan Stadium Shah Alam (SAA) terus berpanjangan apabila perjumpaan antara kerajaan Negeri Selangor dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang dijadualkan berlangsung hari ini dibatalkan.

Menurut Presiden Badan Bertindak Penyokong Selangor (BBPS), Muhammad Hairy Ibrahim, pertemuan antara dua pihak itu gagal diadakan berikutan FAS tidak bersetuju dengan syarat yang dikemukakan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri sebelum itu bersetuju untuk ke meja rundingan namun dengan syarat perjumpaan itu hanya boleh diwakili dua orang daripada pihaknya dan dua orang wakil FAS.

“Kerajaan negeri meminta dua nama dari pihak FAS Abdul Rauf Ahmad dan Nazzab Hidzan untuk wakil FAS,

“Sepatunya perjumpaan itu diadakan hari ini pada jam 2 petang, sebaliknya apa yang berlaku semalam Persatuan Bola Sepak Selangor beri surat kepada kerajaan negeri Selangor tidak setuju dengan apa yang kerajaan negeri usulkan,” katanya.

Perkembangan itu tentunya mengecewakan BBPS sekali gus peminat bola sepak Selangor.

“Cuma agak sikit kecewa dengan apa yang berlaku. Saya ingat ada sinar-sinar harapan tapi sebaliknya (pula yang berlaku). Apa boleh buat, tak apa kita akan cuba lagi, cuba berbincang kembali dengan FAS dan kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Umum mengetahui sudah dua tahun pasukan bola sepak Selangor tidak dibenarkan beraksi di SSA sehingga memaksa pasukan bola sepak itu mencari dan bermain di stadium lain.

Krisis bermula apabila kerajaan negeri menuduh FAS tidak menunjukkan taat setia dan hormat kepada Sultan Selangor apabila enggan melepaskan beberapa pemain negeri menyertai Pilihan Selangor pada Piala Sultan Selangor 2017.

Manakala FAS pula mendakwa segalanya berpunca apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memecat serta merta ketua jurulatih Selangor ketika itu, Zainal Abidin Hassan, digantikan oleh K Gunalan, tanpa sebarang perbincangan dengan FAS.

Biarpun FAS berjaya mendapatkan stadium lain sebagai gelangang rasmi, penyokong Selangor tetap mahukan The Red Giants  itu beraksi di SSA.

FAS sebelum ini membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menjadikan SSA sebagai gelanggang rasmi sepertimana tradisi sebelum ini, namun belum mendapat maklum balas.

Malah FAS juga membuat permohonan yang sama kepada Stadium Nasional Bukit Jalil dan terbaru ialah Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebagai gelanggang rasmi.

Terkini pasukan bola sepak Selangor menumpang di Stadium Bola Sepak Cheras sepanjang Liga Malaysia 2018.

Hairy kemudiannya bertegas, BBPS tidak memihak kepada mana-mana pihak dan hanya mahu melihat sukan bola sepak Selangor bebas daripada politik untuk kepentingan jangka masa panjang.

“PBBS ada pendirian masing-masing. Kita tak terikat dengan FAS dan kerajaan negeri Selangor.

“Kita bawa nama atas nama badan bertindak dan penyokong Selangor untuk hak mutlak Stadium Shah Alam kembali kepada pasukan Selangor, tiada kroni, tiada pilih kasih,” katanya.

Foto kredit : MyNewsHub

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

Ekslusif

Syaidatul percaya dua emas dalam genggaman

Published

on

Pss, jom share artikel ni

Pemain boling kebangsaan, Syaidatul Afifah percaya akan kemampuan para pemain boling negara untuk merangkul dua emas dalam acara yang dipertandingkan dalam Sukan Asia Indonesia 2018 walaupun tuan rumah tidak mempertandingkan tiga kategori dalam acara boling.

“Saya percaya kemampuan kawan-kawan saya untuk merangkul dua pingat emas yang dipertandingkan dalam sukan Asia di Indonesia,

“Mungkin mereka ada sebab tersendiri untuk tidak meletakkan kategori perseorangan dan beregu dalam temasya kali,” katanya dalam temubual bersama wartawan Diari Sukan.

Dia (Syaidatul) juga berharap agar para pemain yang terpilih akan melakukan yang terbaik dan memberi cabaran yang sengit kepada negara-negara lain yang bertanding.

Mereka sedang giat menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan Cabaran Eropah Brunswick di Jerman pada 10 hingga 18 Mac ini.

Pss, jom share artikel ni
Continue Reading

DIARI LAIN

Title

Trending

Copyright © 2018 DiariSukan. Powered with <3 by CP

WP Twitter Auto Publish Powered By : XYZScripts.com