Antarabangsa
Perancis ke suku akhir Piala Dunia1 minit bacaan

Perancis layak ke saingan suku akhir Piala Dunia setelah menewaskan Argentina dengan jaringan 4-3.
Bukan hari yang indah buat Lionel Messi, namun bintang muda 19 tahun, Kylian Mbappe cemerlang dengan dua gol di separuh masa kedua.
Perancis bermula baik apabila Griezmann meletakkan mereka di hadapan melalui sepakan penalti. Di Maria mengikat kedudukan pada penghujung separuh masa pertama.
Awal separuh masa kedua, Argentina mendahului dengan gol Mercado hasil biasan dari cubaan Messi. Tidak lama selepas itu, Pavad menjaringkan gol volley cantik di penjuru kanan gawang.
Mbappe dengan pantas menjaringkan dua gol pantas bagi meletakkan Perancis di hadapan.
Argentina cuba bangkit dengan gol Sergio Aguero namun sudah terlambat untuk menafikan kemenangan Perancis.
Foto kredit : The Guardian
Antarabangsa
Perlawanan penuh debaran Croatia

Saingan pusingan kalah mati 16 akhir menemukan juara Kumpulan D, Croatia menentang naib juara Kumpulan C, Denmark. Pertemuan ini menemukan maestro pemain tengah Modric dan Eriksen
Seawal minit kedua, Denmark di hadapan hasil jaringan Jorgensen yang memanfaatkan peluang di depan gawang. Croatia tidak menunggu lama untuk bertindak balas. Mandzukic hanya mengambil masa 2 minit selepas itu untuk kembali menjadikan perlawanan seimbang.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tidak berhasil memecah kebuntuan.
Minit ke 114 masa tambahan, Croatia mendapat peluang keemasan apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah Rebin dijatuhkan dalam situasi satu lawan satu. Namun, Luka Modric gagal memanfaatkan peluang tersebut.
Akhirnya, kemenangan memihak kepada Croatia dengan keputusan 3-2 setelah penjaga gawang, Daniel Subajic menjadi wira mereka.
Croatia akan bertemu Russia di peringkat suku akhir.
Foto kredit : standard(dot)co(dot)uk
Antarabangsa
Russia mara, Sepanyol gigit jari

Kejutan demi kejutan berlaku di Piala Dunia 2018. Kali ini Sepanyol menjadi mangsa tersingkir di saingan 16 akhir kepada tuan rumah, Russia.
Sepanyol bermula garang dengan penguasaan bola sambil serangan bertali arus dilancarkan. Hasilnya, gol pertama hadir melalui jaringan sendiri Ignashevich.
Russia tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan melalui sepakan penalti hasil kesilapan Pique. Dzyuba tenang menewaskan David De Gea.
Sepanyol yang menguasai bola sukar untuk menembusi benteng kukuh pertahanan Rusia sehingga dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti.
Malam yang serba tidak menjadi buat Koke dan Iago Aspas apabila percubaan mereka diselamatkan oleh penjaga gol Russia, Igor Akinfeev.
Dengan tersingkirnya Sepanyol, lagenda mereka Andres Iniesta turut mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa.
Russia akan bertemu Croatia di peringkat suku akhir.
Foto kredit : Business-Standard (dot) com
Antarabangsa
Cavani unggul, Ronaldo pulang awal

Saingan perlawanan kedua peringkat 16 akhir Piala Dunia 2018 menemukan Uruguay dan Portugal.
Edinson Cavani membuka jaringan seawal minit ke-7 hasil hantaran jauh satu-dua dengan Luis Suarez. Tersentak dengan jaringan itu, Portugal menggandakan asakan dan berjaya memperoleh gol penyamaan melalui Pepe. Gol ini meleburkan rekod tanpa bolos Uruguay ketika saingan peringkat kumpulan.
Tanpa menunggu lama, Cavani menjadi wira dengan sekali lagi meledak gol hasil rembatan menarik menuju penjuru gawang menewaskan Rui Patricio.
Uruguay bakal berkunjung ke Nizhny Novgorod bagi menghadapi Perancis untuk saingan suku akhir pada Jumaat.
Foto kredit : BBC
-
Ekslusif2 years ago
Waktu Bersenam Yang Terbaik
-
Antarabangsa2 years ago
The Gunners ‘terkedu’
-
Antarabangsa1 year ago
Perlawanan penuh debaran Croatia
-
Antarabangsa2 years ago
Iniesta Pilih Vissel Kobe
-
Bola Sepak2 years ago
KL Berpesta Gol di Cheras
-
Antarabangsa2 years ago
Sam Allardyce dipecat
-
Ekslusif2 years ago
Pentingnya “warming-up” sebelum bersukan
-
Antarabangsa1 year ago
Russia mara, Sepanyol gigit jari